4 Idea Hiasan Doorgift Tema Estetik Yang Murah & Cantik

Setiap bakal pengantin mesti nak yang terbaik untuk majlis perkahwinan mereka.

Namun, dengan harga barangan yang semakin meningkat dan bajet perkahwinan yang semakin mengecil, ramai pasangan terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan tertentu, khususnya dalam hiasan doorgift mereka. Tapi jangan risau! Dalam catatan blog ini, kita akan menerokai empat cara artistik untuk menyerikan hiasan bag goodies kahwin mengikut bajet dan citarasa anda.

1. Keanggunan Setem Getah

Setem Getah | Cop Kahwin Doorgift | AE Stamp Malaysia

Setem getah mempunyai kegunaan hiasan yang luas kerana anda boleh ubah suai reka bentuk setem seperti menambah corak yang rumit, monogram, atau logo perkahwinan anda dan boleh cop ke atas pelbagai permukaan. Dari cop di atas tag doorgift, atau permukaan bag goodies yang kosong, setem getah boleh menaikkan seri dekorasi perkahwinan anda dan boleh menjadi kenangan yang manis buat para tetamu majlis. Setem getah akan menjadi pilihan utama buat pasangan yang ingin berjimat kerana harganya yang murah dan berbaloi.

Tips: Gabungkan cop getah dengan pad setem Micro Stamp Pad untuk menghasilkan kesan setem yang lebih menonjol dan berkualiti.

2. Pesona Abadi Cop Lilin

Cop lilin | Cop Wax Seal Kahwin | AE Stamp Malaysia

Efek romantis dalam seni mengecap surat dengan lilin adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Sertakan efek unik cop lilin ini ke dalam hiasan doorgift perkahwinan anda untuk memberikan kejutan kepada tetamu istimewa anda. Sama ada anda memilih design monogram klasik atau reka bentuk yang boleh diubah suai, efek cop lilin ini pasti akan menjadikan sebarang hadiah goodies bag anda kelihatan eksklusif. Para tetamu pasti akan terpesona dengan keunikan goodies bag atau kad jemputan perkahwinan anda. Walaupun kos cop lilin adalah lebih mahal berbanding cop getah, tetapi hasil cop yang dihasilkan akan kelihatan lebih estetik, elegant dan menawan. 

Tips: Pilih warna lilin yang kontras dengan permukaan kertas mengikut tema perkahwinan anda untuk kesan cop lilin yang lebih jelas. 

3. Kesenian Cop Mohor (Embossers)

Cop Mohor | Embosser | Pocket Seal | AE Stamp Malaysia

Untuk sentuhan yang mewah, anda boleh mempertimbangkan penggunaan cop mohor yang juga dikenali sebagai embosser. Cop mohor akan meninggalkan kesan terangkat yang elegan pada doorgift perkahwinan anda. Alat artistik ini akan menghasilkan kesan tiga dimensi yang  terperinci dan anggun. Daripada sampul surat kad kahwin hinggalah sampul hadiah goodies kahwin, cop mohor ini boleh di cop di sebarang permukaan dan meninggalkan kesan yang berkekalan pada tetamu anda. Design cop mohor ini juga boleh di ubah mengikut cita rasa anda dan digunakan bersama sticker cop mohor, namun harganya adalah lebih tinggi berbanding setem getah dan cop lilin.

Tips: Pastikan anda cop hanya satu helaian kertas pada satu masa untuk mendapatkan hasil cop mohor yang paling jelas dan menawan.

4. Stiker Kahwin

Sticker Kahwin | Sticker Goodies Bag | AE Print Malaysia

 

Akhir sekali, bagi mereka yang kesuntukkan masa dan tiada masa untuk DIY hiasan barangan goodies kahwin, stiker kahwin sudah semestinya menjadi pilihan yang terbaik. Anda hanya perlu menyediakan reka bentuk stiker kahwin yang diingini, kopek dan lekatkan di atas barangan doorgift dengan mudah. Warna dan tulisan pada stiker kahwin juga boleh diubah suai mengikut tema perkahwinan anda. Hadiah goodies anda sudah tentu akan menjadi lebih cantik dan lebih dihargai oleh tetamu majlis dan kos untuk buat stiker juga amat murah! Sudah semetinya sesuai untuk anda yang ingin mengeluarkan kos yang rendah untuk goodies kahwin anda.

Tips: Bagi mereka yang tiada idea untuk design sticker kahwin, boleh layari CANVA untuk edit dan download template sticker kahwin sedia ada.

Kesimpulannya, doorgift perkahwinan adalah salah satu peluang kreatif untuk anda mempamerkan tanda terima kasih kepada tetamu yang datang meraikan hari bahagia anda dan pasangan. Dengan menggabungkan unsur-unsur artistik mengikut bajet seperti setem getah, cop lilin, cop mohor, dan stiker, doorgift majlis anda pasti akan meninggalkan memori terindah untuk para tetamu majlis. Maksimumkan kreativiti dan cipta memori di hari perkahwinan anda yang eksklusif dengan AE Stamp sekarang!

Guna kod [CIPTAMEMORI] untuk diskaun sebanyak 5% untuk produk dalam koleksi ini! Tunggu apa lagi? Tempah sekarang!

Cipta Memori Dengan AE Stamp Malaysia

Leave a comment

All comments are moderated before being published